Friday, December 3, 2010

PETUNJUK ALLAH DI SETIAP ZAMAN

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yan bermaksud: “Dan bagi setiap generasi ada yang memberi petunjuk.” (Ar-Raad: 7)
Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah rasul-rasul dan nabi-nabi. Ertinya setiap zaman, Allah pasti akan mendatangkan orang-Nya yang menjadi petunjuk kepada manusia.
Di zaman ada rasul, maka rasul-rasul membawa syariat baru dari Allah. Di zaman tiada rasul, nabi-nabi didatangkan untuk menyampaikan syariat rasul yang sebelumnya. Manakala di segi akidahnya tetap sama, yakni setiap rasul datang untuk mengenalkan Allah sebagai Tuhan kepada manusia. Cuma syariat yang berbeza.
Sepanjang umur dunia, Allah sudah mengutuskan 313 orang Rasul. Ada juga yang mengatakan 314 atau 315 rasul semuanya. Bilangan nabi pula seramai 124 ribu orang. Nabi-nabi ini datang di antara atau di celah-celah kedatangan rasul . Ada juga yang datang bersama-sama dengan kedatangan rasul.
Nabi Muhamad SAW adalah nabi yang terakhir. Selepasnya tiada lagi nabi atau rasul sebab baginda ialah Nabi akhir zaman. Selepas kewafatan baginda SAW, dunia bersambung 15 kurun lagi sebelum kiamat. Ertinya selama 1500 tahun, manusia mempunya nabi yang telah wafat. Apa ertinya ini?
Rasulullah Terus Memimpin.
Kewafatan Rasul SAW bukan bermakna berakhirnya misi baginda sebagai Rasul dan Nabi. Bahkan ketika saat kematiannya baginda menyebut, “Ummati, ummati….” Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai rasul tentu Allah ada cara-Nya untuk melakukan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup.
Hal ini bukan sesuatu yang mustahil. Dalama kitab-kitab terdapat banyak kisah menceritakan bagaimana orang mati (roh orang soleh) boleh membantu orang hidup. Kalau orang soleh pun boleh membantu secara roh, tentulah hal ini Tuhan benarkan berlaku kepada Rasululah SAW selepas kewafatannya dalam memikul tugas sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Bahkan sebelum kelahirannya lagi, roh atau nur Muhammad yang suci itu telah berperanan. Nabi Adam a.s pernah bertawasul dengan Rasul SAW apabila melihat nama Muhammad digandingkan dengan nama Allah di Syurga.
Setelah wafatnya Rasul SAW, bumi telah mengadu kepada Tuhan mengapa tiada lagi nabi yang berjalan di atasnya sesudah nabi Muhammad SAW. Amirul Mukminin Sayidina Ali kwh juga telah berdoa:” Ya Allah, Ya Tuhanku! Biarlah bumi ini tidak sepi dari penegak agama-Mu dengan hujah sama ada secara terang-terangan ataupun secara sembunyi.”
Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, bumi ini sebenarnya tidak pernah lengang dari para ulama yang hak dan para kekasih Allah dari kalangan wali Autad dan Abdal yang membawa manusia kembali kepada Tuhan.
Rasul SAW bersabda yang bermaksud: ” Bahawa para ulama itu adalah pewaris nabi. Sesungguhnya para nabi tiada mewariskan wang, tetapi mereka mewariskan umatnya ilmu pengetahuan. ” (Hadis diriwayatkan daripada Anas, tersebut dalam kitab Al Jamius Saghir)
Dalam hadis yang lain , Rasul SAW bersabda yang bermaksud: “Para ulama umatku sama seperti para nabi Bani Israel.” (Menurut Fakhrurrazi, Ibnu Qudamah, Al Baziri dan lain-lain.)
Nabi-nabi Bani Israel yang dimaksudkan di dalam hadis di atas, mereka muncul di celah-celah terputusnya kezahiran para rasul bani Israel. Contohnya Nabi Samuel a.s yang muncul di waktu kekosongan rasul iaitu setelah berlalunya zaman Nabi Zulkifli a.s dan sebelum kedatangan Nabi Daud a.s. Manakala selepas kewafatan Rasul SAW, tidak ada lagi nabi selepasnya. Lalu Rasul SAW mengibaratkan para ulama yang hak di kalangan umatnya ini sebagai pewarisnya dan menggantikannya dalam urusan tugas memikul tanggungjawab meneruskan seruan agama Allah SWT. Begitu sekali nabi memuliakan para ulama di kalangan umatnya dari segi peranan menyampaikan seruan, bukan dari sudut darjah kenabian.
Begitu juga dengan rahmat Allah SWT, di sepanjang zaman hingga kini dunia tidak pernah putus dari adanya para wali Auad dan Abdal yang kerana ketaqwaan merekalah Allah turunkan rahmat-Nya ke muka bumi. Cuma mereka tidak dikenali umum. Tetapi bagi para mujaddid yang zahir setiap awal kurun, kepimpinan mereka lebih terserlah berbanding ulama-ulama lain. Ini kerana mereka adalah ulama berwatak rasul (yakni mereka mendidik dan memimpin manusia menuju Tuhan). Oleh itu menjadi tanggungjawab umat Islam di setiap awal kurun untuk mencari mujaddid di kurunnya kerana ia adalah khabar gembira dari Rasul.

Sungguhpun begitu, Allah s.w.t memberikan peringatan: sesiapa yang tidak melaksanakan ajaran-Nya (sunnahtullah), maka Allah akan menghantar bangsa lain untuk memerintah di wilayah yang telah diberikan secara eksklusif itu. INI MENJADIKAN WILAYAH BANGSA ITU ADALAH AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB.
Bismilahirohmanirohhim
Ya Allah, kami mohon peliharaan mu dan kami mohon pertaruhkan agama kami dan diri kami dan harta benda dan keluarga kami, Ya Allah, jadikanlah kami dalam peliharaan mu dan menjadi jiran mu dan kami harapkan benar keamanan mu dari sekelian kejahatan tiap-tiap syaitan yang engkar dan kejam dan membesarkan diri, dan kami mohon peliharaan mu dari penyakit lain dan dari manusia manusia yang zalim, juga dari kejahatan tiap tiap yang menyukai kejahatan, sesungguhnya engkau maha berkuasa atas tiap tiap sesuatu, Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang tetap pendirian, kami mohon dijauhi dari sebab- sebab yang menjadikan penyesalan, baik dimasa ini dan akan datang, sesungguhnya engkau maha mendengar doa hamba hambanya, Ya Allah, selamatkan lah kami dari bala bencana didunia dan azab akhirat dan singkirkan dari kami keburukan dunia dan azab akhirat dengan rahmat mu, wahai Tuhan yang maha penyayang…
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Daripada Abdullah bin Amru al-‘As berkata: Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah Swt tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari kalangan hambanya akan tetapi dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang memilih pemimpin dari kalangan orang jahil lalu ketika ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu nescaya mereka sesat dan menyesatkan.
Doa Tolak Bala

"Wahai Tuhan yang menolakan bala bencana! Ya Allah wahai tuhan yang menolakan bala bencana, Ya Rahman, tolakan lah daripada kami sekelian bala dunia dan akhirat, dan juga bencana dunia dan bala bencana akhirat, dan juga bencana yang datangnya dari musuh musuh, dari manusia dan jin, dan dari syaitan dan iblis, dan apa apa yang turun dari langit, dan keluar dari bumi, dengan rahmat engkau, wahai yang maha pemurah lagi maha penyayang, dan Allah memberi selawat keatas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga nya dan sahabat-sahabatnya sekelian, dan segala pujian itu bagi Allah, tuhan pengatur sekelian alam"…
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
BISMILAHHIROHMANIRROHHIMMM
Allaahumma innaa nas-aluka salaamatan fiddiini, wa’aafiyatan fil jasadi, wa ziyaadatan fil ‘ilmi, wa barakatan fir-rizqi, wa taubatan qablal mauti, wa rahmatan ‘indal mauti, wa maghfiratan ba’dal mauti.
Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil mauti, wannajaata minan-naari, wal ‘afwa ‘indal hisaabi.
Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz-hadaitanaa wahab lanaa min ladunka rahmatan innaka antal-wahhab.
Rabbanaa aatinaa fid-dun-yaa hasanatan, wa fil aakhirati hasanatan, wa qinaa ‘adzaaban-naari.
Artinya :
Ya Allah, kami mohon kepada-Mu akan keselamatan dalam agama, kesehatan dalam badan, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rejeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan ampunan sesudah mati.
Ya Allah, ringankanlah kami ketika sakratul maut, dan selamatkanlah kami dari siksa api neraka, dan memdapat ampunan di hari perhitungan amal.
Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Karena sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah.

Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.
“Dan milik ALLAHlah kerajaan langit dan bumi, ALLAH Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran) ALLAH bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan kejadiaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya ALLAH kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Lindungilah kami daripada azab neraka.”
-Surah A’li I’mran-
Doa selawat Tafrijiyah

Ya Allah Tuhan kami, limpahkan lah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna keatas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan nya maka terhurailah segala simpul ikatan dan dengan nya akan tertunailah segala hajat dan dengan nya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik(mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui…

No comments:

Post a Comment