Saturday, August 28, 2010

Kembali kepada Islam (1 of 3)

Riwayat Bukhari: Dikatakan berbuat baik kepada anak isteri itu ia lah dengan memperlakukan mereka dengan lemah lembut dan lunak. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW, bersabda; "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, jangan lah ia menyakiti hati tetangganya, dan hendaklah engkau sekelian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada wanita, sebab mereka itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling atas, jika engkau meluruskan nya bererti mematahkan nya dan jika engkau membiarkan nya, ia tetap akan bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada wanita,"

No comments:

Post a Comment