
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]
Monday, August 30, 2010
Merdeka 1957 (Color)
KEMERDEKAAN HAKIKI DENGAN MEMBEBASKAN PERHAMBAAN SELAIN DARI ALLAH SWT.Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 ini, kita berusaha untuk membebaskan diri kita bukan sahaja dari belenggu penjajah tetapi yang penting ialah merdeka dari sifat-sifat malas, lemah, mundur, jahil kepada sifat rajin, kuat, maju, berilmu dan beramal. Marilah kita membebaskan diri kita daripada gejala seperti kerosakan akidah, keruntuhan akhlak, kejahilan syariat kepada akidah yang mantap lagi mendalam, akhlak yang baik lagi terpuji, faham syariat dan memperjuangkannya. Dengan demikian akan terserlahlah erti kemerdekaan yang sebenar, lahirlah generasi soleh dan negara turut makmur. Firman Allah Swt.: "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-ruah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan". (Q.S. Al-A'raf:96)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment