Saturday, December 4, 2010

10 perkara hal sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untukkeselamatan arwah-arwah mereka.
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambahilmu pengetahuan.
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu danmeningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”
Manusia terus wujud walaupun selepas Nabi Adam a.s tiada. Dan Allah menegaskan bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa. Tiada sesiapa yang mampu mengatakan bahawa manusia itu hanya satu jenis saja, walau un mereka bersaudara, sama (mempunyai ciri dan naluri yang sama), berasal daripada satu bapa (Adam a.s). Oleh itu, apakah orang Melayu ini bukan dicipta oleh Allah, tetapi oleh para ahli sosiologis, antropologis, arkeologis, sejarahwan, dan buku-buku, artifak, serta dokumen-dokumen yang tersimpan dalam perbendahaaran ilmu?Setentunya tidak. Melayu dijadikan oleh Allah s.w.t. Dan Allah itu Maha Adil. Apabila mencipta manusia ke dalam pelbagai bangsa, Allah memberikan wilayah eksklusif kepada setiap bangsa ciptaan-Nya. India di benuanya, dan begitulah juga Cina, manakala Melayu hanyalah di wilayahnya, yang tidak pun bertaraf benua seperti Eropah ataupun Amerika, selain China dan India.
Apakah Melayu bukan pendatang? Katanya dari wilayah yang kini dikenali sebagai Indonesia. Mereka sememangnya ada datang ke mari. Namun, apakah kita semua tidak tanya: mengapa mereka tukar dialek atau loghat mereka kepada Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan sebagainya? Apakah apabila mereka meredah lautan, maka lidah mereka pun menjadi sebegitu gatal sehingga tidak ‘reti’ bertutur bahasa asal lagi?

No comments:

Post a Comment